Monday, June 27, 2011

Pengajaran dari Peristiwa Isra' Mikraj

[Berikut ringkasan kuliah subuh yang disampaikan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor di Masjid Negeri Shah Alam pada subuh 25 Jun 2011].

Solat adalah penting di sisi Allah. Ia satu perintah wajib yang disampaikan langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra dan Mikraj.

Pada malam berlakunya Isra Mikraj Nabi SAW mendirikan solat dan mengimamkan semua para Nabi dan Rasul yang diutus sebelum baginda. Semua Nabi-Nabi Bani israel termasuk Nabi Ishaq, Yaakub, Yunus, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya dan Isa AS menjadi makmum baginda.

Ia mengisyaratkan bahawa amanat risalah dan sekaligus status 'kahiru ummah berpindah kepada umat Muhammad SAW. Maka umat Islam diperingatkan bahawa Bani Israel yang pernah dimuliakan dengan risalah, dihina oleh Allah kerana mengkhianati risalah Islam yang diamanahkan kepada mereka. Begitu jugalah umat Islam akan dihinakan jika mereka mengikuti jejak langkah pengkhianatan Bani Israel.

Peristiwa Isra Mikraj juga mempunyai kaitan yang sangat erat tentang tanah suci. Ruang lingkup tanah suci amat jelas dinyatakan dalam Surah la-Isra' ayat 1. Ia merakamkan tentang peristiwa Isra dan Mikraj. Ayat ini dengan jelas tidak membezakan di antara Tanah suci Makkah dan tanah suci Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Bahkan ulama menegaskan ketiga-tiga tanah suci termasuk Madinah al-Munawarah dirangkum dalam ayat ini kerana al-Aqsa itu sendiri bermaksud 'Yang paling jauh'. Apabila Al-Aqsa dirujuk sebagai masjid yang paling jauh maka di sana masjid yang jauh ialah Masjid an-Nabawi di Madinah.

Umat Islam juga perlu bangkit berjihad dengan harta dan jiwa demi membebaskan Masjid al-Aqsa. Rasulullah SAW pernah berpesan kepada para sahabat supaya 'ziarah dan solat di dalamnya'. Pesanan Nabi ini disampaikan ketika Masjid al-Aqsa ditawan oleh Rum dan Baitul Maqdis hanya dibebaskan 5 tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW.

Demi membuka laluan ke Biladu-us-Syams ke utara begitu banyak jihad qital peperangan yang berlaku di antara tentera muslimin dan empayar Rum dan Farsi. Akhirnya pada tahun 637M Baitul Maqdis dibuka dan Masjid al-Aqsa dibebaskan.

Kini umat Islam kembali berhadapan dengan situasi masjid al-Aqsa ditawan dan dikepung. Sebagaimana para sahabat memenuhi pesan Nabi untuk ziarah dan solat di Masjid al-Aqsa dengan berjihad dengan harta dan jiwa mereka, maka itu jugalah tuntutan ke atas umat Islam pada hari ini. Untuk ziarah dan solat di Masjid al-Aqsa umat Islam hanya ada satu pilihan sahaja iaitu berjihad dengan harta dan jiwa mereka.

Selaku muslim marilah kita menanamkan rasa rindu dan kasih kepada Masjid al-Aqsa yang rata-rata dilupakan oleh umat Islam. Kita juga wajib memberi infaq kepada tabung jihad Palestin kerana ia bukan pilihan tetapi satu kewajipan yang ditaklifkan ke atas umat Islam.



Bismillaahirrahmaanirrahiim



Seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim 'alaihi salam . Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."


Lalu dijawab oleh burung berkenaan,


"Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu,

tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti,

apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."






Selalu dengar kisah ni kan? Sejauh mana kebenaran kisah ini, wallahu'alam . Tak dapat dipastikan. Tetapi, kisah ni selalu di-ulang-ulangkan kerana pengajaran untuk kita buat refleksi pada diri kita sendiri.



Isu Palestin? 63 tahun sudah berlalu semenjak negara Israel ditubuhkan, dan sedikit demi sedikit rakyat Palestin dihalau dengan cara yang kejam.

63 tahun? Apa sahaja yang boleh dilakukan untuk tolong Palestin?

Kenapa tak dihantar tentera untuk menolong kerajaan Palestin? Kenapa tidak dihancurkan sahaja tentera-tentera Zionist tu? Kenapa kerajaan 'negeri-negeri islam' tidak mengerahkan bantuan ketenteraan kepada Palestin? Kenapa tidak mengemukakan bantahan di PBB?

Kenapa? Sebab kita sendiri tahu kan jawapannya. Ingat semudah itu untuk menghalau Zionist keluar?


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ
Dan sungguh, akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, [2:155]


Jadi, wujudlah satu golongan manusia yang tidak sampai hati melihat keadaan saudara mereka sendiri (kita semua berasal dari Nabi Adam kan?) diperlakukan seperti binatang.

Apa sahaja yang beberapa golongan manusia ini buat? Mereka pergi berperang kah di sana? Mungkin ada beberapa, tetapi tidak semua.

Yang selalu 'diorang' ni buat, boikot barangan yang menyumbang kepada Israel & US, konvoi beramai-ramai, beri kesedaran kepada masyarakat melalui berbagai-bagai media, blablablabla etc.

Ape je yang Israel tu rasa kalau setakat boikot barangan diorang ni hah? Setakat rugi RM5000 tak rasa pape la!

Ape je yang 'diorang' ni dapat kalau setakat konvoi mengibar-ngibarkan bendera Palestin? Nak bagi kesedaran kepada masyarakat? Syok sendiri namanya tuh! Bukannya masyarakat ni kisah pun, pandang kereta 'diorang' yang gah dengan bendera Palestin pun tak nak, apatah lagi diorang ni nak menderma.

Edar flyers berkaitan isu Palestin; korang ingat orang yang dapat kertas tu akan baca ke? Diorang buang terus ko tau tak! Malah dipijak-pijak lagi.

Senang cerita, apa yang golongan minoriti ni buat adalah sia-sia. Susah-susah aje. Kan?

Itu usaha 'diorang' untuk tolong Palestin walaupun tak menolong apa sangat pun. Pernah tak kita persoalkan diri kita pula, apa kita nak jawab dekat Allah kelak bila ditanya tentang hal Palestin ni?


Herm? Pahal senyap? Tadi fire orang bukan main lagi.


قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُم اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَاَهْدَى سَبِيْلاً
Katakanlah: "Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus." [Al-Isra' 17: 84]




Seorang pejuang di Palestin pernah cakap,

"Kami di sini insyaAllah dah setel. Setiap hari ada sahaja perang menanti kami. Setiap hari kami melibatkan diri dengan perang, berjihad. Kalau kami mati, insyaAllah kami syahid. Kat sini pun tak ada harta-harta mewah, semuanya hancur, tempat tidur kami pun tidak selesa. Kami di sini insyaAllah dijamin syurga kelak. Saya berpuas hati dengan keadaan begini. Tetapi saya lebih risau anda semua yang berada di negara masing-masing, hidup dalam keadaan mewah. Takut-takut nanti kalian pula lupakan Allah, dikhuatiri kalian akan mati hina (masuk neraka)."

Orang Palestin risau dekat kita? Kita pula? Kalau tak risau dekat mereka sekalipun, tak risaukah dengan diri sendiri kelak?


Apa sahaja usaha kita untuk Allah? Di mana letaknya tiket ke syurga bagi kita yang tinggal di Malaysia?


"Sekarang baru bermula perjuangan pembebasan Palestin. Di sinilah letaknya ganjaran dari Allah"
seorang pakcik dari Aqsa Syarif Berhad.


Anggaplah hasil atau result dari usaha kita itu sebagai bonus dari Allah. Tapi, yang paling penting sekali, apa sahaja usaha kita untuk Allah?





Allaahu Ghayatuna! Allah adalah tujuan kami!







Setiap debu yang melekat pada tubuh badan, pakaian dan kenderaan akan menjadi saksi perjuangan pembebasan bumi Palestin - Dr Hafidzi Mohd Noor, pemangku pengerusi Aqsa Syarif Berhad

Saturday, January 15, 2011

Talqin Yang Menggerunkan

Bismillahhirrahmannirrahim.




Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.


Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Sumber: http://qatrunnada14.blogspot.com/

Wednesday, December 22, 2010

Memo Untuk Perjuang

sy copy dr kawan blogger sy afiqizzudin.

Berikut adalah email yang telah dikongsi oleh
Allahyarham Mas Afzal kepada kami beberapa minggu selepas beliau ditauliahkan sebagai seorang Doktor dalam keadaan dirinya menghidap penyakit Hodgkin Lymphoma dan menjalani rawatan Chemotherapy.

***************************

Allahyarham bersama bondanya yang tercinta

Assalamualaikum wbt.

Sebelum saya mula berbicara panjang, ingin saya tegaskan terlebih dahulu bahawa segala kejayaan dan kegagalan yang kita kecapi adalah semuanya ketentuan Allah yang sudah tertulis di Lauh Mahfudz semenjak azali lagi. Segala usaha yang kita buat adalah ikhtiar di pihak kita, tetapi adalah menjadi sebahagian daripada tunjang keimanan kita untuk percaya bahawa Allah pemegang semua kesudahan.

“…Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfudz)…” [Fatir : 11]

Saya mendapat inspirasi menulis warkah ini daripada perbualan YM dengan seorang sahabat yang mencadangkan agar saya berkongsi pengalaman bagaimana saya melalui semua cabaran yang telah saya lalui sepanjang 10 bulan yang lalu. Beliau sendiri punya cabaran yang menanti dihadapannya kini dan saya doakan beliau hasanah di dunia dan di akhirat, insya Allah.

Lebih 10 bulan yang lalu, saya baru sahaja masuk ke tahun akhir perubatan dan bakal menduduki peperiksaan akhir bertulis (final written examination) pada 15 dan 16 Januari 2009. Peperiksaan ini adalah antara ujian terpenting kerana ia melibatkan kefahaman pelajar terhadap semua aspek klinikal dan pra-klinikal yang telah dipelajari sepanjang 5 tahun pengajian.

Semuanya bermula apabila saya telah disahkan doktor menghidap penyakit Hodgkin’s Lymphoma (sejenis kanser darah) pada awal Disember 2008. Oleh itu, saya perlu menjalani rawatan chemotherapy sebanyak 12 kali, pada kekerapan 2 minggu sekali, selama 6 bulan. Kesan paling signifikan daripada rawatan chemotherapy adalah kepenatan yang amat (extreme fatigue) dan loya (nausea). Simptom-simptom ini biasanya paling ketara pada minggu pertama selepas rawatan.

Saya bernasib baik kerana dibenarkan untuk meneruskan pengajian tetapi terpaksa ponteng sebanyak 5 hari untuk setiap selang seminggu apabila menerima rawatan. Ini bermaksud saya hanya dapat hadir ke setengah daripada jumlah masa yang diperuntukkan untuk clinical attachment.

Tips 1 : Manfaatkan masa sihat sebelum sakit

Saya mendapat diagnosis lebih kurang sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis saya pada bulan Januari dan oleh kerana rawatan chemotherapy, saya telah menghitung masa ‘sihat’ yang saya ada sebelum peperiksaan tersebut adalah selama 2 minggu, separuh daripada jumlah masa sebenar (ie 4 minggu). Justeru, saya meletakkan mindset bahawa peperiksaan saya tinggal 2 minggu sahaja lagi, dan BUKANNYA 4 minggu.

Dengan meletakkan mindset sedemikian, saya tidak meletakkan risiko untuk cuba belajar pada tempoh pemulihan (recovery period) daripada rawatan chemotherapy, yang biasanya memakan masa seminggu. Tempoh 2 minggu ‘sihat’ saya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, dan sayabenar-benar berehat pada 2 minggu ‘sakit’ tersebut bagi memberikan hak untuk badan saya pulih daripada rawatan. Langsung tak sentuh buku. Ini telah membolehkan badan saya benar-benar segar dan sihat apabila tiba hari peperiksaan.

Kebiasaannya, saya tidak berasa penat atau loya ketika sedang menjalani rawatan chemotherapyitu sendiri. Oleh itu, masa-masa seperti itu juga dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Ketika ubat chemotherapy sedang dimasukkan ke dalam badan saya, saya akan duduk menelaah buku buat memanfaatkan masa yang ada. Ingat, manfaatkan masa sihat sebelum sakit!

Tips 2 : Kenali cara pembelajaran anda!

Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang berkenaan tips belajar kerana semuanya pasti punya cara masing-masing dan lebih cemerlang daripada saya sendiri. Apa yang saya sekadar ingin tegaskan hanyalah satu; kenali cara pembelajaran anda, dan jangan jadikan diri gelabah dengan bertukar-tukar teknik pembelajaran, apatah lagi apabila peperiksaan sudah semakin dekat!

Untuk diri saya sendiri, saya percaya pada kaedah pembelajaran melalui latih tubi. Saya suka membuat banyak bank soalan daripada past year papers dan buku-buku bank soalan. Buku-buku seperti EMQ for Medical Students, Case Studies in Medicine and Surgery dan lain-lain memang menjadi kegemaran saya bagi meguatkan kefahaman dan ingatan saya terhadap semua teori klinikal yang saya pelajari. Adalah penting sebelum membuat latih tubi ini untuk saya membaca terlebih dahulu nota klinikal saya sebagai tapak asas pemahaman saya (foundation). Untuk tujuan ini, saya hanya biasanya menggunakan buku Oxford Handbook of Clinical Medicine dan Kumar and Clark Pocket Handbook sebagai rujukan utama.

Untuk pelajar perubatan tahun akhir, saya mendapati website Ask Dr Clarke sebagai salah satu sumber pembelajaran yang sangat membantu. Ini kerana website ini merupakan bank yang mengumpulkan soalan-soalan peperiksaan tahun akhir bagi kebanyakan universiti-universi ti seluruh UK. Ia juga mempunyai banyak tips-tips bagi menghadapi OSCE yang saya dapati sangat praktikal lagi realistik dalam membantu persediaan para pelajar.

Kaedah latih tubi ini telah saya gunakan semenjak tahun pertama pengajian lagi, dan ia sangat membantu mengukuhkan (consolidate) teori-teori yang telah saya pelajari samada daripada buku ataupun melalui clinical attachment. Anda perlu kenal kaedah pembelajaran yang paling sesuai dengan anda, yakin dengannya dan cuba konsisten menggunakannya!

Tips 3 : Belajar perkataan-perkataan lazim orang kebanyakan

Tips ini mungkin lebih bersifat spesifik kepada mereka yang menduduki OSCE. Sudah tentu antara persediaan penting OSCE yang kita sedia maklum adalah memperbanyakkan praktis dalamhistory taking dan clinical examination, disamping pengukuhan teori-teori klinikal. Tetapi jangan lupa bahawa examiner dan pesakit juga meletakkan markah yang signfikan pada overall impression. Selalu saya mendengar ramai pelajar perubatan yang gagal dalam sesuatu stationdalam OSCE kerana overall impression yang tidak memberansangkan, walaupun secara asanya tidak banyak kesilapan pada aspek knowledge.

Overall impression ini termasuklah keramahan, menghormati pesakit dan lain-lain. Kebanyakannya tak perlu kita lakonkan pun, sebab kebanyakan kita orang Melayu sudah punya ciri-ciri tersebut dalam diri kita. Cuma mungkin apa yang kita kurang adalah pada bahasa kita. Cuba duduk di hospital, dengar, belajar dan praktikkan perkataan-perkataan yang digunakan oleh para doktor atau jururrawat, khasnya mereka yang berasal dari kalangan orang tempatan (locals). Ketahui local jokes dan local idioms, ia banyak membantu saya membina hubungan rapat (rapport) dengan pesakit.

Semua ini biasanya kita takkan dapat belajar daripada buku, kuncinya adalah pada banyak mendengar perbualan orang kebanyakan, dan kalau ada peluang, turut serta dalam bicara. Selamat berjaya!

Dan siapakah yang lebih baik kata-katanya berbanding orang yang mengajak kepada ALLAH, dan dia beramal soleh, serta mengatakan, “Sesungguhnya aku ini di kalangan orang-orang yang menyerah diri (kepada ALLAH)” Al-Fussilat, Ayat 33

Tips 4 : Tepis persepsi, “Kerja jemaah/persatuan asing, belajar asing”.

Saya akur sesetengah individu ada prinsip bahawa apabila sedang belajar, tidak mahu fikir apa-apa berkenaan kerja jemaah/persatuan/komuniti, atau apabila sedang buat kerja tersebut, tidak mahu fikir tentang belajar. Pada hemat saya, melihat waqi’ mahasiswa di UK dan Ireland, saya rasa masalah yang lebih merisaukan bukannya pada former, tetapi latter.

Apatah lagi bila semangat membara-bara selepas baru hadir tamrin atau madrasah atau program motivasi sedang membuak-buak dalam diri, ahli nak buat sebanyak mungkin kerja jemaah/persatuan/komuniti tetapi kemudian lupa terus pada akademik. Tinggal sekejap nota kuliah dan ulangkaji, katanya. Kesudahannya terkapai-kapai selepas beberapa bulan ketinggalan gerabak dalam akademik.

Tanggapan negatif yang pada pandangan saya wajar diketepikan adalah apabila kita terlalu pantasmelabelkan seseorang sebagai tidak serius atau tidak committed bila suka mencampur-adukkan belajar ketika sedang buat kerja jemaah/persatuan/komuniti. Kadang-kadang kita tidak melafazkan persepsi tersebut, tetapi ia mendominasi pemikiran kita, sampai kadang-kadang menjadi buruk sangka. Nauzubillah.

Apa yang saya maksudkan dengan belajar ketika sedang buat kerja jemaah/persatuan/komuniti adalah memanfaatkan ‘masa-masa lapang’ dalam kesempitan masa yang ada. Beberapa contoh yang saya selalu buat, tapi saya perasan bukannya satu budaya dikalangan mahasiswa di sini :

i. Mengulangkaji pelajaran sambil menunggu mesyuarat jemaah bermula, baik secara bersemuka mahupun di alam maya. Apatah lagi bila kita sudah bersedia dengan mesyuarat dan hanya menunggu ia untuk bermula, contohnya sudah membaca minit mesyuarat, sudah melaksanakan tindakan dalam minit mesyuarat, dsb.

ii. Mengulangkaji pelajaran ketika dalam kapal terbang, bas, dsb dalam perjalanan ke tempat program. Tidaklah perlu buat setiap kali pergi program, sebab saya faham inilah biasanya masa mengeratkan ukhuwwah berborak dengan ahli yang lain, atau mungkin juga menghafal ayat hafazan program (jika ada). Tetapi kalau dah tiada kerja lain nak dibuat, kenapa tidak?

iii. Berkongsi ilmu pengajian dengan sahabat yang sama bidang ketika bertemu di program. Saya kadang-kadang tersenyum bila ada sesetengah mahasiswa yang berseloroh mengatakan perbuatan sedemikian sebagai ‘menyedihkan’ atau ‘asabiyyah medik’ dan bermacam-macam gelaran lagi. Kenapa perlu dimatikan semangat itu dengan kata-kata yang langsung tidak memberikan manfaat kepada orang lain dan diri sendiri?

Saya sedih kadang-kadang melihat ramai sahabat-sahabat seperjuangan yang sangat baik kerja jemaah/persatuan mereka tetapi kandas dalam pembelajaran masing-masing. Mari kita muhasabah semula, mungkinkah ada lompong-lompong yang boleh kita perbaiki, contohnya dengan cara-cara seperti di atas?

Tips 5 : Melihat amal ijtimai’e lebih daripada sekadar tanggungjawab

Semasa saya mula-mula mendapat diagnosis, seringkali saya duduk keseorangan cuba untuk meredakan tekanan yang semakin membina dalam diri. Terfikir-fikir bagaimana agaknya dalam keadaan perlu menjalani rawatan kemoterapi ini, saya nak menghadapi peperiksaan bertulis yang bakal menjelang, menguruskan hal penceramah dari tanah air untuk program besar mahasiswa ketika itu, dan pelbagai lagi.

Masing-masing pasti punya cara tersendiri buat meredakan tekanan. Saya dapati terapi terbaik untuk diri saya sendiri adalah pada amal ijtimai’e yang saya lakukan. Apabila saya berpeluang untuk memberi, menyumbang mahupun menjadi penerima dalam mana-mana aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Tekanan mahupun stress yang membina dalam diri seolah hilang bila saya berjumpa dan berukhuwwah dengan kawan-kawan, bukan sekadar di kalangan mahasiswa tetapi juga famili postgraduate dan anak-anak mereka, rakan-rakan seMuslim di masjid dan rakan-rakan Malaysia yang lain. Aktiviti kerohanian seperti solat hajat, Eid gathering, ceramah agama mahupun aktiviti riadah seperti bermain bola sepak menjadi terapi buat diri. Kadang-kadang orang bertanya kenapa saya susah-susah mahu menghadirkan diri ke program-program ini dalam keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan?

Jawapan saya mudah, “Kalau saya tak datang program ini, alamat lagi tertekanlah saya duduk di rumah menahan sakit!

Libatkan diri dalam apa yang kita minat, kerana ia boleh menjadi terapi kepada meredakan stress. Saya minat menyanyi walaupun suara tidaklah sedap mana, maka sebab itulah saya tidak pernah terlupa untuk bertanding dalam pertandingan nasyid anjuran persatuan mahasiswa di Sheffield setiap tahun. Bukan sahaja saya dapat mainkan peranan menyumbang untuk menyebarkan dakwah melalui hiburan, tetapi saya juga dapat bergembira dengan apa yang saya lakukan.

Semua ini sebahagian daripada amal ijtimai’e, dimana kita cuba sebaik mungkin untuk mendekati mad’u dan cuba bawak mesej Islam melalui cara yang sesuai dengan keadaan. Tapi pada masa yang sama ia juga boleh menjadi terapi untuk kita. Jangan sekadar melihat kerja-kerja ini sebagai hanya tanggungjawab yang membebankan, kerana itu hanya akan mengundang stress

Saya dapati melalui terapi ini, saya menjadi lebih bersemangat dalam mengulangkaji pelajaran. Saya dapat bayangkan kalau saya tidak rajin turun ke aktiviti kemasyarakatan dan berpendirian sekadar ingin beruzlah sahaja dibilik, pasti saya cepat give-up bila mahu mula mengulangkaji pelajaran. “Asyik-asyik menghadap buku!!”, begitulah barangkali perasaannya.

Tips 6 : Jadikan belajar sebagai cara taqarrub

Satu kaedah yang saya sangat gemar gunakan semenjak zaman saya belajar A-Level lagi adalah menjadikan belajar sebagai agen taqarrub kepada Allah SWT. Caranya mudah sahaja, bahkan saya yakin ramai juga yang mempraktikkan kaedah yang sama.

Saya suka selang-selikan sesi pembelajaran saya dengan pembacaan al-Qur’an, tidak semestinya setiap kali, tetapi sekurang-kurangnya sekali sehari. Bak kata orang, membaca al-Qur’an ini secara tidak langsung membantu menguatkan ingatan kita. Saya kenal sesetengah orang yang berkongsi pengalaman mereka bahawa menghafaz ayat-ayat al-Qur’an akan lebih menguatkan lagi ingatan kita terhadap apa yang kita pelajari.

Khususnya apabila semakin dekat dengan peperiksaan, saya juga lebih selesa mengulangkaji pelajaran di masjid yang berhampiran dengan kediaman saya berbanding di rumah. Itu memang tabiat saya semenjak zaman pembelajaran A-Level lagi. Bukan sahaja ia sebaik-baik tempat, saya juga dapat pastikan solat saya sentiasa diawal waktu, dan secara berjamaah. Barulah tak rasa malu bila duduk berdoa nak meraih nusrah Allah dalam membantu imtihan saya, sebab ibadah saya insya Allah jadi lebih kemas.

Saya kira untuk mahasiswi di bumi UK/Ireland, pasti lebih sukar nak mengulangkaji pelajaran di masjid berbanding ketika zaman belajar di Malaysia. Rasanya yang penting adalah mencipta suasana ala ‘madrasah’ di tempat belajar anda. Yang mengizinkan anda untuk belajar, pada masa yang sama menjadi tempat beribadah, beramal jamai’e, dsb. Sekadar pandangan.

Itulah yang saya maksudkan dengan menjadikan belajar sebagai agen taqarrub. Ibarat menyelam sambil minum air.

Tips 7 : Jangan jadikan kerja jemaah/persatuan sebagai part-time job

Ada yang kata ia konsep ideal semata-mata, tetapi saya percaya sepenuhnya bahawa kalau saya ikhlas buat kerja jemaah/persataun, walau dalam kesempitan mana sekalipun, Allah pasti akan lorongkan nusrah dalam pembelajaran saya.

Saya rasa nusrah Allah itu paling saya rasai bermula Disember yang lalu. Ketika itu, saya perlucope dengan rawatan chemotherapy yang meletihkan, pada masa yang samamempersiapkan diri dengan peperiksaan pada bulan Januari, dan memegang jawatan yang agak signifikan dalam kem mahasiswa ketika itu. 3 perkara besar yang masing-masing ada hak untuk diberikan masa kepadanya.

Sebelum saya berbicara sedikit panjang tentang topik ini, suka saya memberikan amaran awal bahawa isu ini mungkin sedikit sensitif dan boleh mendatangkan banyak perbahasan. Saya dinasihati sesetengah sahabat agar cool down dengan kerja mahasiswa pada ketika itu, dan berikan masa untuk berehat dengan chemotherapy serta fokus kepada peperiksaan yang bakal menjelang. Pandangan yang saya hormati dan merupakan cerminan sayangnya mereka kepada sahabat seperjuangan mereka, sesuai dengan sifat ruhamaa u-bainahum.

Namun saya punya pendirian tersendiri, dan saya merasakan membuat kerja jemaah/persatuan adalah antara saham utama saya untuk mengatakan saya membantu agama Allah. Dan berani saya mengatakan bahawa tidak dapat membuat kerja-kerja jemaah/persatuan seolah-olah mencabut salah satu kekuatan dalam diri saya. Kerana saya melihat amal jamai’e saya sebagai satu terapi menguatkan iltizam saya untuk berjaya dalam pengajian, disamping pencetus sabar untuk menempuh ujian dalam kesihatan diri. Tidak sekali-kali saya melihat komitmen saya dalam jemaah/persatuan sebagai kerja part-time.

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”[Muhammad : 7]

“…Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) Nya…” [Al-Hajj : 40]

Pada masa yang sama, tidaklah bermaksud saya ingin menaja konsep ‘one man show’ disini. Itu bukan budaya kita berkerja dalam jemaah/persatuan. Ketika itu, banyak tanggungjawab saya telah saya delegasikan kepada sahabat-sahabat yang lain, yang lebih daripada bersedia untuk membantu. Kalau pun tidak sihat sangat, paling kurang pun saya cuba untuk tidak lupa membaca email dan memberikan respons jika ada pandangan yang ingin dikongsikan. Tidak mahu terus sirna dan melayan dunia sendiri.

Sedikit video motivasi yang dihasilkan oleh beliau sendiri :

Semoga semangat dan iltizamnya akan terus menjadi pemangkin kebangkitan mahasiswa Islam di mana-mana sahaja.

Ikuti kisahnya yang penuh motivasi di blog ini :masafzal.blogspot.com

Saturday, October 16, 2010


Ingatlah Wahai "WANITA" Sekalian...



Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka".. – riwayat Abu Daud...
RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA...
agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya...sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami.. wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkn bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.....
Lihatlah wahai kaum hawa sekalian..tidakkah cara yang dipakai oleh biarawati di atas ini seakan-akan yang dipakai oleh wanita pada zaman sekarang..???


BUKAN ITU SAHAJA...




“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol untayang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223)


Adakah kita ingin tergolong dari kalangan wanita-wanita yang terlaknat??
iaitu golongan2 yang jauh dari rahmat ALLAH??
sudah tentu TIDAK bukan??Nauzubillahi in zalik..




Fikir-fikirkanlah...Renung-renungkanlah..
Sayangilah diri kita sebagai seorang WANITA..
Marilah kita buka mata..Sama-samalah kita insaf..
Astaghfirullahalazim.

Wednesday, October 6, 2010

Oh Dad !!!

Abu Hurairah always encourage people to be good to their parents .

One day he saw two men walking together, one older than the other

He asked the younger one:

“What is the man to you”?

“My father”, the man replied.

“Don’t call him by his name, don’t walk in front of him, and don’t seat before he does”, advised Abu Hurairah.

(Taken from the companions of the prophet I)

Friday, September 24, 2010

Assalamu'alaikum warahmatullah....
Iman Semut


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "

"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN"