Monday, June 27, 2011

Pengajaran dari Peristiwa Isra' Mikraj

[Berikut ringkasan kuliah subuh yang disampaikan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor di Masjid Negeri Shah Alam pada subuh 25 Jun 2011].

Solat adalah penting di sisi Allah. Ia satu perintah wajib yang disampaikan langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra dan Mikraj.

Pada malam berlakunya Isra Mikraj Nabi SAW mendirikan solat dan mengimamkan semua para Nabi dan Rasul yang diutus sebelum baginda. Semua Nabi-Nabi Bani israel termasuk Nabi Ishaq, Yaakub, Yunus, Yusuf, Musa, Harun, Zakaria, Yahya dan Isa AS menjadi makmum baginda.

Ia mengisyaratkan bahawa amanat risalah dan sekaligus status 'kahiru ummah berpindah kepada umat Muhammad SAW. Maka umat Islam diperingatkan bahawa Bani Israel yang pernah dimuliakan dengan risalah, dihina oleh Allah kerana mengkhianati risalah Islam yang diamanahkan kepada mereka. Begitu jugalah umat Islam akan dihinakan jika mereka mengikuti jejak langkah pengkhianatan Bani Israel.

Peristiwa Isra Mikraj juga mempunyai kaitan yang sangat erat tentang tanah suci. Ruang lingkup tanah suci amat jelas dinyatakan dalam Surah la-Isra' ayat 1. Ia merakamkan tentang peristiwa Isra dan Mikraj. Ayat ini dengan jelas tidak membezakan di antara Tanah suci Makkah dan tanah suci Baitul Maqdis di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Bahkan ulama menegaskan ketiga-tiga tanah suci termasuk Madinah al-Munawarah dirangkum dalam ayat ini kerana al-Aqsa itu sendiri bermaksud 'Yang paling jauh'. Apabila Al-Aqsa dirujuk sebagai masjid yang paling jauh maka di sana masjid yang jauh ialah Masjid an-Nabawi di Madinah.

Umat Islam juga perlu bangkit berjihad dengan harta dan jiwa demi membebaskan Masjid al-Aqsa. Rasulullah SAW pernah berpesan kepada para sahabat supaya 'ziarah dan solat di dalamnya'. Pesanan Nabi ini disampaikan ketika Masjid al-Aqsa ditawan oleh Rum dan Baitul Maqdis hanya dibebaskan 5 tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW.

Demi membuka laluan ke Biladu-us-Syams ke utara begitu banyak jihad qital peperangan yang berlaku di antara tentera muslimin dan empayar Rum dan Farsi. Akhirnya pada tahun 637M Baitul Maqdis dibuka dan Masjid al-Aqsa dibebaskan.

Kini umat Islam kembali berhadapan dengan situasi masjid al-Aqsa ditawan dan dikepung. Sebagaimana para sahabat memenuhi pesan Nabi untuk ziarah dan solat di Masjid al-Aqsa dengan berjihad dengan harta dan jiwa mereka, maka itu jugalah tuntutan ke atas umat Islam pada hari ini. Untuk ziarah dan solat di Masjid al-Aqsa umat Islam hanya ada satu pilihan sahaja iaitu berjihad dengan harta dan jiwa mereka.

Selaku muslim marilah kita menanamkan rasa rindu dan kasih kepada Masjid al-Aqsa yang rata-rata dilupakan oleh umat Islam. Kita juga wajib memberi infaq kepada tabung jihad Palestin kerana ia bukan pilihan tetapi satu kewajipan yang ditaklifkan ke atas umat Islam.



Bismillaahirrahmaanirrahiim



Seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim 'alaihi salam . Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu."


Lalu dijawab oleh burung berkenaan,


"Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu,

tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti,

apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak."






Selalu dengar kisah ni kan? Sejauh mana kebenaran kisah ini, wallahu'alam . Tak dapat dipastikan. Tetapi, kisah ni selalu di-ulang-ulangkan kerana pengajaran untuk kita buat refleksi pada diri kita sendiri.



Isu Palestin? 63 tahun sudah berlalu semenjak negara Israel ditubuhkan, dan sedikit demi sedikit rakyat Palestin dihalau dengan cara yang kejam.

63 tahun? Apa sahaja yang boleh dilakukan untuk tolong Palestin?

Kenapa tak dihantar tentera untuk menolong kerajaan Palestin? Kenapa tidak dihancurkan sahaja tentera-tentera Zionist tu? Kenapa kerajaan 'negeri-negeri islam' tidak mengerahkan bantuan ketenteraan kepada Palestin? Kenapa tidak mengemukakan bantahan di PBB?

Kenapa? Sebab kita sendiri tahu kan jawapannya. Ingat semudah itu untuk menghalau Zionist keluar?


وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ
Dan sungguh, akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, [2:155]


Jadi, wujudlah satu golongan manusia yang tidak sampai hati melihat keadaan saudara mereka sendiri (kita semua berasal dari Nabi Adam kan?) diperlakukan seperti binatang.

Apa sahaja yang beberapa golongan manusia ini buat? Mereka pergi berperang kah di sana? Mungkin ada beberapa, tetapi tidak semua.

Yang selalu 'diorang' ni buat, boikot barangan yang menyumbang kepada Israel & US, konvoi beramai-ramai, beri kesedaran kepada masyarakat melalui berbagai-bagai media, blablablabla etc.

Ape je yang Israel tu rasa kalau setakat boikot barangan diorang ni hah? Setakat rugi RM5000 tak rasa pape la!

Ape je yang 'diorang' ni dapat kalau setakat konvoi mengibar-ngibarkan bendera Palestin? Nak bagi kesedaran kepada masyarakat? Syok sendiri namanya tuh! Bukannya masyarakat ni kisah pun, pandang kereta 'diorang' yang gah dengan bendera Palestin pun tak nak, apatah lagi diorang ni nak menderma.

Edar flyers berkaitan isu Palestin; korang ingat orang yang dapat kertas tu akan baca ke? Diorang buang terus ko tau tak! Malah dipijak-pijak lagi.

Senang cerita, apa yang golongan minoriti ni buat adalah sia-sia. Susah-susah aje. Kan?

Itu usaha 'diorang' untuk tolong Palestin walaupun tak menolong apa sangat pun. Pernah tak kita persoalkan diri kita pula, apa kita nak jawab dekat Allah kelak bila ditanya tentang hal Palestin ni?


Herm? Pahal senyap? Tadi fire orang bukan main lagi.


قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُم اَعْلَمُ بِمَنْ هُوَاَهْدَى سَبِيْلاً
Katakanlah: "Biarlah setiap orang berbuat menurut keadaannya masing-masing, kerana Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih lurus." [Al-Isra' 17: 84]




Seorang pejuang di Palestin pernah cakap,

"Kami di sini insyaAllah dah setel. Setiap hari ada sahaja perang menanti kami. Setiap hari kami melibatkan diri dengan perang, berjihad. Kalau kami mati, insyaAllah kami syahid. Kat sini pun tak ada harta-harta mewah, semuanya hancur, tempat tidur kami pun tidak selesa. Kami di sini insyaAllah dijamin syurga kelak. Saya berpuas hati dengan keadaan begini. Tetapi saya lebih risau anda semua yang berada di negara masing-masing, hidup dalam keadaan mewah. Takut-takut nanti kalian pula lupakan Allah, dikhuatiri kalian akan mati hina (masuk neraka)."

Orang Palestin risau dekat kita? Kita pula? Kalau tak risau dekat mereka sekalipun, tak risaukah dengan diri sendiri kelak?


Apa sahaja usaha kita untuk Allah? Di mana letaknya tiket ke syurga bagi kita yang tinggal di Malaysia?


"Sekarang baru bermula perjuangan pembebasan Palestin. Di sinilah letaknya ganjaran dari Allah"
seorang pakcik dari Aqsa Syarif Berhad.


Anggaplah hasil atau result dari usaha kita itu sebagai bonus dari Allah. Tapi, yang paling penting sekali, apa sahaja usaha kita untuk Allah?





Allaahu Ghayatuna! Allah adalah tujuan kami!







Setiap debu yang melekat pada tubuh badan, pakaian dan kenderaan akan menjadi saksi perjuangan pembebasan bumi Palestin - Dr Hafidzi Mohd Noor, pemangku pengerusi Aqsa Syarif Berhad

Saturday, January 15, 2011

Talqin Yang Menggerunkan

Bismillahhirrahmannirrahim.




Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.


Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Sumber: http://qatrunnada14.blogspot.com/