Sayidina Ali ra menceritakan suatu
ketika melihat Rasulullah menangis
maka dia datang bersama Fatimah. Lalu
keduanya bertanya mengapa Rasul
menangis.
Baginda menjawab, "Pada malam aku
di-isra'-kan. Aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa
dengan berbagai siksaan. Itulah
sebabnya mengapa aku menangis. Kerana,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan
mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan
apa yang
dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada
perempuan
digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya,
tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya
dengan terikat tangannya sampai ke ubun-
ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan
badannya
sendiri, di bawahnya dinyalakan api
neraka. Serta
aku lihat perempuan
yang bermuka hitam, memakan tali perutnya
sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya
pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api neraka,
otaknya
keluar dari lubang hidung, badannya
berbau busuk
karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang kepalanya
seperti bab* dan
badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat
perempuan yang rupanya seperti anjing,
sedangkan
api masuk melalui mulut dan keluar dari
duburnya
sementara malaikat memukulnya dengan pentung
dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa
mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku,
adapun
mereka yang tergantung rambutnya hingga
otaknya mendidih adalah wanita yang tidak
menutup rambutnya sehingga terlihat oleh
laki-laki
yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah
isteri
yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya
ialah
perempuan yang tidak taat kepada
suaminya, ia
keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan
yang tidak mahu mandi suci dari haid dan
nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri
ialah
kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan
muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri
dengan gunting api neraka kerana
ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang
kepada orang lain bersolek dan berhias
supaya
kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan
tangannya
ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan
kala jengking padanya kerana dia shalat tapi
tidak mengamalkannya dan tidak mahu
mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan
badannya seperti himar ialah tukang
umpat dan
pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing
ialah perempuan yang suka memfitnah dan
membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah
Az-Zahra
pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.