Saturday, July 3, 2010

TV Membawa Segala-galanya...

BAHANA TV

Assalamualaikum W.H.T
Saban hari, apabila kita perhati TV adalah hiburan utama dalam masyarakat global sekarang.Tanpa TV di rumah di anggap bagai tiada seri penghuninya. Disini ana mahu tekan kan bahawa TV lah faktor sebenar hilangnya akhlak seseorang muslim. Yelah... mana tidak nya babak2 dalam TV seperti percumbuan,berpasang- pasangan sebelum nikah,berpegangan tangan dengan bukan muhram,semua itu kan HARAM...dan boleh menimbulkan fitnah bagi perempuan, apatah lagi ianya adalah suatu ZINA.

Masyarakat kini,terutamanya remaja yang sekarang mula berjinak2 dengan cinta,berasa aksi di dalam TV itu adalah sesuai untuk nya,lalu mereka tidak segan silu melakukannya,meskipun di depan kyalayak ramai...subahanallah...adakah anda rasa ini benda baik??...boleh diikuti??..

Tahukah anda perbuatan itu adalah ZINA, contohnya..apabila anda berdua-duaan dengan Si Dia,anda akan melakukan zina mata,kerana saling pandang berpandangan..anda juga akan melakukan zina teliga,kerana mendengar kata manis dari Si Dia..apatah lagi zina hati,nnt anda akan selalu ingat Si Dia, padahal Si Dia itu bukan halal bagi anda,bagaimana solat anda?? adakah anda ingat Si Dia juga dalam solat??...Nauzubillah...

Selain daripada itu,bahana TV juga membawa pengaruh besar dalam tumbesaran minda kanak-kanak,yelah,kecik2 lagi dah pandai tgok drama bercintan cinton ni,kartun2 aksi..apalagi cerita reliti TV macam, AF,Bintang Kecil,Tom Tom Bak...Kenapa kt perlu menjinak2 kan mereka dengan semua ini,dalam situasi ini peranan Ibubapa lah yang paling penting, Ibubapa mestilah mendidik anak mereka dengan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,barulah dapat melahirkan peribadi mukmin yang berjaya,cuba ajar mereka hafal surah-surah pendek,Inyallah lama dapat hafal sebuah Al-Quran...Bak kata pepatah Melentur buluh biar lah dari rebungnya...Kalau dibiarkan saja..alamatnya apabila dewasa nnt ada yang x pandai menggaji Al-Quran,tak reti nak solat,dan cetek dalam ilmu agama...

So, klau ada nafsu nak tgok TV tu cuba tahan...,gantikan masa nak tgok tv tu dgan perkara berfaedah seperti baca buku islamik,baca Al-Quran,pling tidak pun tolong Ibubapa di rumah agar masa yang terluang tidak dibuang dengan tengok TV,boleh juga tidur,tapi jangan berlebihan.

SAMA-SAMALAH KT BERUSAHA AGAR MENJAUHI TV AGAR KT TIDAK JAUH DENGAN KEREDHAAN ALLAH S.W.T...INYALLAH







No comments:

Post a Comment